Jaga diri anda dan keluarga, kekal tenang dan duduk di rumah.
Bersama-sama kita putuskan rangkaian penularan COVID-19.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kami mengajak anda beramai-ramai untuk mengundi projek Malaysia ICT Volunteer (MIV) - WSIS PRIZES 2019.
Sila klik pautan di bawah untuk mula mengundi:
https://www.itu.int/net4/wsis/stocktaking/Prizes/2019/Vote
Tarikh akhir untuk melengkapkan undian adalah 10 Februari 2019.
Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.
APA ITU MYFREEVIEW?
My Freeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.
TAHUKAH ANDA penutupan siaran analog dilaksanakan dan penonton yang tidak menggunakan siaran myFreeview atau siaran digital yang lain (satelit dan kabel) tidak akan dapat menonton sebarang siaran televisyen.
Penerima BSHR boleh semak penerimaan dekoder dengan SMS taip MYTV DEKODER IC NO dan send ke 15888 atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1800-18-1088. Maklumat lanjut boleh juga layari : https://myfreeview.tv/ms/
Untuk dapatkan risalah mengenai myfree view, anda bolehlah mengunjungi Pusat Internet yang berhampiran.
Kerjasama antara Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya mengajak orang ramai untuk menyertai PERTANDINGAN VIDEO PENDEK mengenai Amalan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat Kebangsaan 2018. Tema video adalah JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!
Mesej video berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat.
- Aktiviti Fizikal
- Makan secara sihat
- Tidak merokok
- Bijak menangani stress
- Sihat tanpa alcohol
Sila hantarkan penyertaan lengkap ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. sebelum atau pada 1 September 2018.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.