Kemaskini 29 Mac 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 68 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 388 kes. Sehingga 29 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,470 kes. Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 52 kes memerlukan bantuan pernafasan. Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan tujuh (7) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 34 kes.

Tambahan, terdapat satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 35 orang setakat ini. Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac 2020 jam 4.00 petang. - KP KKM

saringan ujian 29 mac

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkembangan terkini COVID 19 di Malaysia, 29 Mac 2020 jam 5petang.

Jumlah terbaru pesakit discaj: 68

Jumlah keseluruhan pesakit telah sembuh dan discaj hospital: 388

Tahniah dan terima kasih buat anggota kesihatan yang terlibat!

b3d66089 05d6 477f 8b7a 9060c2ad6782

Dikemaskini 28 Mac 2020

pematuhan pkp 28 mac

Sumber Channel Telegram Majlis Keselamatan Negara 

Perkembangan terkini COVID 19 di Malaysia, 29 Mac 2020 jam 12.00 tengahari

Bilangan kes baru -150

Jumlah keseluruhan kes - 2,470

Pesakit di ICU : 73 orang (52 orang bantuan alat pernafasan)

Daripada maklumat terkini yang dlaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan  tujuh (7) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 34 kes. 

Salam takziah daripada KKM kepada keluarga pesakit.

32785636 9f88 4718 b384 02b6c689ba37

DIKEMASKINI 28 MAC 2020

Terkini ujian #COVID19 di Malaysia berjumlah 35,516 kes dan termasuk 2,320 kes atau 6.5% adalah disahkan positif. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 320 kes.

Sehingga 28 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.

Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 27 kes.

Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2162 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020.Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi. - KPK @DGHisham

photo6053201837990980206

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Sub-kategori