KEMASKINI SETAKAT 31 MAC 2020, JAM 5 PETANG

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 58 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 537 kes (19.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

Sehingga 31 Mac 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 140 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,766 kes. 

Sehingga kini, seramai 94 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 60 kes memerlukan bantuan pernafasan. 

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan enam (6) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 43 kes (1.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

situasi 31 mac 2020

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah pakej rangsangan ekonomi terbesar pernah dibentangkan dalam sejarah negara. Kerajaan akan memastikan tiada golongan yang akan tercicir terutamanya B40 and M40 daripada menerima manfaat pakej tersebut. Inisiatif-inisiatif dalam pakej PRIHATIN yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi, perkhidmatan pos dan kurier serta penyiar bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19. Langkah ini juga bukti komitmen Kerajaan dalam memastikan kesalinghubungan berterusan sekaligus membolehkan rakyat melaksanakan tugasan hariannya dengan lebih efisien.

Perkembangan terkini COVID 19 di Malaysia, 30 Mac 2020 jam 5petang.

Jumlah terbaru pesakit discaj: 91

Jumlah keseluruhan pesakit telah sembuh dan discaj hospital: 479

Tahniah dan terima kasih buat anggota kesihatan yang terlibat!

90780853 635392010358903 3842774451674415104 o

Dikemaskini pada 30 Mac 2020

Statistik COVID-19 bagi seluruh dunia. Negara Amerika Syarikat mencatatkan kes yang tertinggi iaitu 142,106 kes atau 19.7% dari jumlah keseluruhan kes dunia. Negara Itali pula mencatatkan negara kedua kes yang tertinggi di dunia iaitu 97,689 kes atau 13.5% kadar peratusan.

30 mac 2020 statistik dunia

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Laporan terkini penularan jangkitan COVID19 di Malaysia setakat 30Mac 2020. 

Terdapat 91 kes yang pulih pada 30 Mac 2020, menjadikan jumlah kes #COVID19 yang telah pulih dan discaj dari wad sebanyak 479. Terdapat 156 kes baru dilaporkan pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 2,626 kes. 94 kes dilaporkan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi. Sebanyak 62 kes daripada jumlah itu memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan terdapat 3 kes kematian baru telah dilaporkan. Jumlah keseluruhan kes kematian COVID19 di Malaysia sebanyak 37 kes. -KKM

situasi terkini 30 mac

Sumber facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Sub-kategori