Dikemaskini 5 April 2020, jam 5 petang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 1,005 kes (27.44 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 5 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 179 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,662 kes. Daripada 179 kes ini, 46 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling. Sehingga kini, seramai 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 48 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 61 kes (1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

Kes kematian ke-58 (kes ke-2210) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.  Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positf #COVID19 (kes ke-1031).  Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 27 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 4 April 2020 jam 1.37 tengah hari. 

Kes kematian ke-59 (kes ke-3484) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 68 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.  Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 27 Mac 2020.  Bliau disahkan meninggal duni pada 4 April 2020 jam 3.40 pagi. 

Kes kematian ke-60 (keks ke 3073) merupakan lelaki warganeagara Malaysai berumur 53 tahun.  Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawat pada 31 Mac 2020, beliau disahkan meninggal dunia pada 5 April 2020, jam 12.39 pagi.

Kes kematian ke-61 (kes ke-2200) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun dan mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.  Beliau telah dirawat di Hospital Keningau, Sabah pada 26 Mac 2020.  Beliau disahkan meninggal dunia pada 4 April jam 9.36 malam. 

status covid 5 april

kes positif mengikut negeri 5 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia 

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 3 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber channel telegram sebenarny.my

Dikemaskini 4 April 2020, jam 5 petang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 915 kes (26.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sehingga 4 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,483 kes. Daripada 150 kes ini, 80 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling. Sehingga kini, seramai 99 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 50 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 57 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

(1) Kes kematian ke-54 (kes ke-2149) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 85 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.  Beliau telah dirawat di institut Jantung Negara pada 23 Mac 2020 dan beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac jam 12.10 pagi. 

(2) Kes kematian ke-55 (kes ke-860) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 56 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.  Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April jam 4.00 petang.

(3) Kes kematian ke-56 (kes ke-2850) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun dan mempunyai kontak rapat dengan kes ke-1031 dan telah dirawat di Hospital Umum Sarawak, Sarawak pada 30 Mac 2020.  Beliau disahkan meninggal dunia pada 3 April jam 4.16 petang. 

(4) Kes kematian ke-57 (kes ke-1575) merupakan lelaki warganergara Malaysia berumur 61 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.  Beliau telah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang pada 23 mac 2020.  Beliau disahkan meninggal dunia pada 2 April 2020 jam 10.25 malam.

situasi 4 april 2020

kes positif mengikut negeri 4 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Sub-kategori