Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 18 hingga 22 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber telegram channel Sebenarnya.my

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 22 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 50 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,532 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 103 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 3,452 kes. Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 43 orang dan 25 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang.  Keseluruhan kes kematian di negara kita sebanyak 93 kes.

(1) Kes kematian ke-93 ( kes ke-5483) merupakan seorang wanita warganegara yang berumur 72 tahun dan mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi.  Beliau meninggal di Hospital Umum Sarawak. 

status covid 22 april

Sumber Facebook channel  Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 14 hingga 17 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber channel telegram Sebenarnya.my

#Covid19 Walaupun anda perlu bekerja, anda perlu amalkan jarak sosial semasa di tempat kerja. Bersama kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19.

#AndaHebat
#FrontlinerMalaysia
#KitaMestiMenang 

JARAK SOSIAL DI TEMPAT KERJA

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 17 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 69 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 5,251 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 201 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,967 kes.  Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 51 orang dan 26 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 2 orang. Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 86 kes.

(1) Kes kematian ke-85 ( kes ke-5064) seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun.  Beliau mempunyai sejarah penyakit barah darah dan kontak rapat kepada kes ke-4657 {Kluster PUI Bali} 

(2) Kes kematian ke-86 (kes ke-5183) seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dan strok. Beliau juga mempunyai kontak rapat kepada kes ke-2321.

status covid 17 april

kes positif mengikut negeri 17 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia 

Sub-kategori