Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 28 April hingga 3 Mei 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber Telegram Channel Sebenarnya.my

Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 3 Mei 2020, 4.30 petang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 87 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,413 kes (­­­­­70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sehingga 3 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 122 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,298 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan keboleh jangkitan COVID-19 adalah 1,780 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 52 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 70 kes. Sehingga kini, seramai 27 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 105 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. 

(1) Kes Kematian ke-104 (kes ke-5539) merupakan seorang lelaki warganegara yang berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.

(2) Kes kematian ke-105 (kes ke-5837) merupakan seorang lelaki warganegara yang berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau meninggal dunia  di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

status covid 3 mei

kes positif mengikut negeri 3 mei

Sumber Telegram Channel Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 23 hingga 27 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber channel telegram Sebenarnya.my

Untuk makluman MCMC dengan kerjasama Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat, UKM sedang menganjurkan PERTANDINGAN VIDEO DAN POSTER KESEDARAN DUNIA MAYA ‘KLIK DENGAN BIJAK: PENGURUSAN MAKLUMAT COVID 19’. Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu langkah yang dijalankan oleh pihak MCMC dan UKM dalam memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu semasa berkaitan Pandemik Covid 19. Selain itu, pertandingan ini juga dijalankan bagi menggalakan penglibatan aktif masyarakat terutamanya remaja di Sekolah dan IPT dalam menyumbang kepada pembangunan kandungan kreatif yang positif dalam media baharu. Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu kategori terbuka dan kategori IPT dan pelajar sekolah.

Tarikh tutup peryertaan adalah 31 Mei 2020. Untuk maklumat lanjut sila layari pautan Facebook seperti berikut https://www.facebook.com/PertandinganVideoInovasi dan borang pendaftaran untuk pertandingan ini adalah seperti berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdZ7MJfF5Sq2jZR6RyQF-uEnkDcFqoba5PXKAgD5YkXk1nccg/viewform.

Situasi terkini C0vid-19 di Malaysia setakat 27 April 2020, 4:30 petang. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 95 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 3,957 kes (­­67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sekali lagi, bilangan kes yang didiscaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan.

Sehingga 27 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 40 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,820 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 37 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 17 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 99 kes (1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

(1) Kes Kematian ke-99 (kes ke-4087)  merupakan seorang lelaki warganegara yang berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok. Beliau meninggal di Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Johor. 

situasi terkini 27 april

kes positif mengikut negeri 27 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Sub-kategori