Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 13 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,520 kes (97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 13 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,725 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 83 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) orang warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja). Satu (1) kes penularan di dalam negara pula adalah warganegara Malaysia iaitu kes daripada Kluster PUI Novgorod. Kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Status covid 13 julai

kes positif mengikut negeri 13 julai

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

 

📣 PETANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE PUSAT INTERNET
Pertandingan ini adalah terbuka untuk semua usahawan-usahawan baru atau lama yang berhampiran dengan Pusat Internet Felda Lurah Bilut yang BELUM ADA akaun jualan secara talian. Anda berpeluang untuk memenangi Hadiah WANG TUNAI bagi 5 pemenang untuk peringkat NEGERI.
 
❗️ Tarikh Pendaftaran : 15 - 20 JULAI 2020 ❗️
JOM SERTAI KAMI !!! ANDA BERPELUANG UNTUK MEMENANGI HADIAH WANG TUNAI RM4000.00 !
Untuk pertanyaan lanjut mengenai pertandingan ini boleh terus ke Pusat Internet Felda Lurah Bilut atau hubungi kami :
atau :

Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 7 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,481 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 7 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,674 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 72 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, di mana semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

Dua (2) kes penularan di dalam negara juga melibatkan warganegara Malaysia yang merupakan kes saringan di tempat kerja, di mana satu (1) kes adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu (1) kes dari Selangor. Tiada kes di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

status terkini 7 julai

kes positif mengikut negeri 7 julai

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia 

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 5  hingga 7 Julai 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Sumber Sebenarnya.my

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 23 Jun  hingga 4 Julai 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Sumber Sebenarnya.my , Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia

Sub-kategori