Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 333 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, di mana 307 kes adalah bukan warganegara dan 26 kes di kalangan warganegara. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,733 kes (90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 16 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,505 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 651 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam (6) kes adalah bukan warganegara manakala empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

status covid 16 jun 2020

kes positif mengikut negeri 16 jun 2020

Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia 

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 23 Mei  hingga 9 Jun 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Sumber Chanel Telegram Sebenarnya.my & KKMM

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 19  hingga 21 Mei 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Sumber Chanel Telegram Sebenarnya.my & KKMM

Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 10 Jun 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 39 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,014 kes (84.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 10 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat dua (2) kes baharu yang telah dilaporkan, sekaligus menjadikan ini sebagai jumlah kes paling rendah yang pernah dicatatkan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan ini. Jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,338 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,206 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada dua (2) kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini juga, tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan warganegara Malaysia. Satu (1) kes penularan di dalam negara yang dicatatkan adalah merupakan seorang bukan warganegara di mana kes ini dilaporkan di Kuching, Sarawak (iaitu kes saringan kepada kontak rapat kes 8303).

Sehingga kini, sebanyak lima (5) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tiada kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 118 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

(1)  Kes kematian ke 118 (kes ke-824) seorang lelaki warganerga yang berumur 61 tahun.  Beliau mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan penyakit buah pinggang. Beliau dirawat dan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. 

status covid 10 jun 2020

kes positif mengikut negeri 10 jun 2020

Sumber telegram channel Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 21 Mei 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 90 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,796 kes (82.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Justeru, bilangan kes pulih adalah hampir dua kali ganda kes baharu yang dilaporkan.

Sehingga 21 Mei 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 50 kes, baharu yang telah dilaporkan. Oleh itu, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 7,059 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,149 kes. Ingin dimaklumkan daripada 50 kes baru yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 34 kes telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Bukit Jalil. Mereka ini telah berada di dalam tahanan sejak sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020.

Sehingga kini, terdapat 10 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, tujuh (7) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 114 kes (1.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)

situasi covid 22 mei

kes positif mengikut negeri 21 Mei

Sumber Channel Telegram KKM, CPRC KKM

Sub-kategori