Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 6 September 2020, jam 12 tengah hari.

Kenyataan Akhbar KPK 6 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,115 kes (97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 6 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,397 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 154 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2020/09/06/kenyataan-akhbar-kpk-6-september-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/

6 september2020

kes positif mengikut negeri 6 september 20

Sumber Channel Telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

JOM SERTAI KAMI DALAM PERTANDINGAN POSTER PUSAT INTERNET TAHUN 2020

SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN

πŸ“ Berumur 7 hingga 17 tahun
πŸ“ Ahli Pusat Internet dan warganegara Malaysia
πŸ“ Karya sendiri menggunakan Software atau Aplikasi
πŸ“ Mengikuti sekurang-kurangnya satu kelas diajar di Pusat Internet.
πŸ“ Tajuk poster ' 𝙋π™ͺ𝙨𝙖𝙩 π™„π™£π™©π™šπ™§π™£π™šπ™© π™‹π™šπ™’π™–π™£π™œπ™ π™žπ™£ 𝙆𝙀𝙒π™ͺπ™£π™žπ™©π™ž π˜Ώπ™žπ™œπ™žπ™©π™–π™‘ '
πŸ“ Gambaran poster berkait dengan Pusat Internet
πŸ“ Poster perlu terus dihantar ke emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. tanpa melalui petugas . Sekirannya petugas Pusat Internet yang hantar,               pernyataan akan ditolak.
πŸ“ Saringan akan dibuat oleh pihak TM/MSD, manakala pemilihan akhir akan ditentukan undian di My Vote.

Sebarang pertanyaan boleh terus ke PUSAT INTERNET FELDA LURAH BILUT atau hubungi kami :

Fatihah : www.wasap.my/60199918679/pertandinganposterPI

atau :

Fadliyana
www.wasap.my/60148170768/pertandinganposterPI

Poster PI v34x 8 1

Situasi terkini Covid-19 di Malaysia setakat 19 Julai 2020, jam 12 tengah hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat tujuh (7) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,553 kes (97.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
 
Sehingga 19 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 15 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,779 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 103 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
 
Ingin dimaklumkan daripada 15 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) orang warganegara Malaysia dan dua (2) bukan warganegara yang dibenarkan masuk ke Malaysia atas urusan kerja (1 kes) dan pasangan kepada rakyat Malaysia (1 kes). Empat (4) kes import tersebut adalah dari negara:
 
United Kingdom (2 kes)
India (1 kes)
Libya (1 kes)
 
Daripada 11 kes penularan di dalam negara, lapan (8) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia dan tiga (3) kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia.
 
Maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Center (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes  kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 123 kes. 
 
- Kes kematian ke-123 (kes ke-8870) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 72 tahun yang mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan penyakit strok.  Beliau merupakan penghuni di Pusat jagaan warga emas dan mula mengalami gejala demam dan batuk pada 10 julai 2020.  Beliau telah dirujuk ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 17 julai 2020 dan meninggal dunia setibanya di wad kecemasan.  Beliau disahkan positif COVID-19.  Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2020 jam 12.51 malam.
 
Untuk artikel penuh boleh klik disini 
 
Status covid 19 julai
kes positif mengikut negeri 19 julai
Sumber Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 15  hingga 20 Julai 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Sumber Sebenarnya.my, Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 8  hingga 9 Julai 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi

Sumber Sebenarnya.my, Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia

Sub-kategori