Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 13 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber channel telegram Sebenarnya.my

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 13 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 134 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 168 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,276 kes. Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 66 orang dan 36 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seorang (1)Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 77 kes.

(1) Kes kematian ke-77 (kes ke-2797) adalah merupakan kontak rapat kepada kes indeks (iaitu kes ke-703). Ini bermakna kes ke-2797 tersebut bukan merupakan kes indeks dan tidak menyertai perhimpunan di Seri Petaling.

status covid 13 april

kes positif mengikut negeri 13 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia 

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 12 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber channel telegram Sebenarnya.my

e08b8eaa 32d0 4949 a674 450feb3f53de

Sumber channel telegram Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 12 April 2020.

Jumlah kes baru positif pada hari ini adalah seramai 153 orang. Jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 4,683 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 113 orang. Ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 2,108 kes.  Pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 66 orang dan 37 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan kes kematian baharu pada hari ini adalah seramai 3 orang.
Keseluruhan kes kematian di negara kita adalah sebanyak 76 kes

(1) Kes kematian ke-74 (kes ke-4531) merupakan seorang lelaki berumur 54 tahun.  Beliau mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.  Beliau di masukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan. 

(2) Kes kematian ke-75 (kes ke-3469) merupakan seorang lelaki berumur 90 tahun.  Beliau mempunyai sejarah penyakit kencing, darah tinggi dan penyakit jantung.   Beliau di masukkan ke Hospital Taiping, Perak.

(3) Kes kematian ke-76 (kes ke-4314) merupakan seorang perempuan berumur 47  tahun.  Beliau mempunyai sejarah penyakit darah tinggi.  Beliau di masukkan ke Hospital Umum Sarawak.

status covid19 12 april

kes positif mengikut negeri 12 april

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Sub-kategori