Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 3 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber Channel Telegrem Sebenarnya.my

Dikemaskini 3 April 2020, jam 5 petang. 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 60 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.    ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari #COVID19 dan telah discaj daripada was adalah sebanyak 827 kes (24.81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Sehingga 3 April 2020, jam 12 tengah hari terdapat 217 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif #COVID19 di Malaysia adalah sebanyak 3,333 kes.  Daripada 217 kes ini, 58 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling. Selain itu, 44 kes telah dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM yang merupakan salah satu hospital COVID-19, di mana 41 kes adalah kes berkaitan madrasah tahfiz di Selangor. 

Sehingga kini, seramai 108 kes positif #COVID19 sedang dirawat d unit Rawatan Rapi (ICU).  Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan. Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparednes and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan 3 lagi kes kematian berkaitan #COVID19.  Justeru jumlah kumulatif kes kematian #COVID19 di Malaysia adalah sebanyak 53 kes

(1) Kes kematian ke-51 (kes ke 2561) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 84 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.  Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 12 Mac 2020 dan kemudian ke Institut jantung Negara.  Beliau disahkan menginggal dunia pada 2 April jam 1.07 tengah hari. 

(2) Kes kematian ke -52 (kes ke 2122) merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 52 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan pada 18 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April jam 7.55 pagi. 

(3) Kes kematian ke-53 (kes ke-2034) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 73 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang.  Beliau telah dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak pada 24 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 April 2020 jam 9.30 pagi. 

situasi 3 april 2020

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Dikemaskini setakat 2 April 2020, jam 5 petang

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 122 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 767 kes (24.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Terima kasih dan tahniah kepada semua kakitangan KKM bekerja keras menangani wabak ini. 

Sehingga 2 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 208 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,116 kes. Sehingga kini, seramai 105 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini terdapat pertambahan lima (5) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 50 kes (1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). 

-> kematian ke 46 (kes ke  2909) mempunyai sejarah penyakit kronik dan rendah imuniti.  Beliau seorang lelaki yang berumur 37 tahun dan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor. 

-> kematian ke 47 (kes ke 2910) mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan gout.  Beliau seorang lelaki yang berumur 78 tahun dan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor. 

-> Kematian ke 48 (kes ke 2572) mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.  Beliau seorang lelaki yang berumur 61 tahun dan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak.

-> Kematian ke 50 ( kes ke 1767) tiada sejarah penyakit dan masih dalam siatan.  Beliau seorang lelaki yang berumur 69 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan. 

situasi 2 april 2020

Sumber channel telegram Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial setakat 2 April 2020. 

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber channel telegram sebenarnya.my

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.

Laporkan sebarang berita/maklumat yang diragui kesahihannya kepada kami. Salurkan maklumat yang anda terima di pautan https://sebenarnya.my/salur/. Sila sertakan pautan URL dan kandungan mesej yang anda terima. Sama-sama kita membanteras berita palsu demi kesejahteraan rakyat dan negara. Untuk melihat banyak lagi info berita palsu boleh terus layari pautan https://sebenarnya.my/

Tidak Pasti Jangan Kongsi!

Sumber channel telegram Sebenarnya.my

Sub-kategori