Penambahbaikan tempat rekreasi di sekitar kawasan Felda Lurah Bilut. Antaranya, Laman Tun Abd Razak, Sungai Kertau, Pavilion Bilut, Taman Selesa dan Lantai Tinjau. Jadi, marilah datang ke Felda Lurah Bilut menikmati permandangan baru yang cantik lagi menarik!!!
Pavilion bilut terletak di kawasan susur pintu masuk, jalan utama Felda Lurah bilut. Ianya menjanjikan kawasan riadah dan tempat OOTD (Outfit Of The Day) yang cantik dan tenang. Kawasan pavilion bilut tersebut terdapat anak sungai yang jernih sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan perkelahan. Pada waktu malam juga cantik untuk bergambar.
Bilut Hills adalah resort yang sesuai untuk percutian pendek dan terletak di tengah-tengah daerah Bentong dan Raub, Pahang. Mempunyai enam jenis reka bentuk untuk dipilih, dengan kombinasi bilik antara dua hingga 6 orang pax. Di Bilut Hill anda boleh menikmati pemandangan semulajadi dari padang rumput yang kehijauan sambil menikmati aroma raja buah iaitu buah durian. Disini juga anda boleh melihat pemandangan yang menakjubkan dari matahari terbit langit yang di penuhi bintang-bintang yang indah. Keistimewaan disini juga adalah sangat sesuai untuk mencari ketenangan dan kedamaian dari kesibukan bekerja kerana ia jauh dari kota raya dan jalan raya.
Sebarang info atau tempahan anda boleh call / layari laman :
Facebook : https://www.facebook.com/biluthillsresort/
Web : http://biluthills.com/
Contact number : 011-1059 8083
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
http://feldalurahbilut.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIdd73b41777b
The Bentong Farm tempat yang wajib anda singgah. Kenapa admin cakap macamtu??
Anda boleh tengok sendiri kemeriahan tempat ini dengan haiwan-haiwan yang jinat dan tempat yang luas. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan disini. Jika anda sampai ke Bukit Tinggi atau Genting Highland anda boleh singgah terus di sini. The Bentong Farm berkonsep kan zoo atau dipanggil petting zoo. Sesuai untuk membawa kanak-kanak dan seisi keluarga. Dibuka setiap hari kecuali selasa (tidak termasuk public holiday).
Sebarang pertanyaan anda boleh terus ke link yang diberikan.
Facebook Page : https://www.facebook.com/thebentongfarm
Address : Lot 5239-6241, Kampung Orang Asli Lebak,Batu, 3, Jalan Chamang, 28700, Bentong, Pahang
http://feldalurahbilut.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIdc49cda5f7b
Sumber dari Facebook page The Bentong Farm
Bagi pengunjung yang mahu bercuti dan merasai suasana sebenar di ladang, D'Bilut Agro Farm, Lurah Bilut, Bentong adalah destinasi yang seharusnya diletakkan dalam senarai percutian anda. Terletak kira-kira satu jam dari Tol Gombak, udara segar di tambahkan dengan persekitaran mesra keluarga dan pemandangan menghijau, pasti membangkitkan suasana percutian yang menenangkan pengunjung. Bukan sahaja suasana pemandangan indah boleh didapati di D'Bilut Agro Farm, malah pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada pengunjung bagi merasai konsep sebenar kehidupan ladang di atas tanah berkeluasan 7.5 ekar itu.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah memberi makan kepada kira-kira 120 ekor rusa di ladang rusa, merasai keenakan madu kelulut, melawat taman-taman haiwan seperti arnab, burung, kucing, aktiviti memanah dan jugak wayang pacak. Pelbagai lagi aktiviti menarik boleh dilakukan. Untuk sebarang pertanyaan atau menempah anda boleh layari mereka disini :-
Facebook page: https://www.facebook.com/DBilutAgroFarm
Web site : https://dbilut.com.my/
Tempat : Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Malaysia
http://feldalurahbilut.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan?limitstart=0#sigFreeIdd8755ba991
Sumber dari Facebook D'Bilut Agro Farm